Saturday, December 20, 2008

Kuliah Berakhir

Pada 18 Disember sepatutnya kami menjalani ujian Tamadun Islam & Tamadun Asia pada jam 12.00 tgh hari. Bagaimanapun ujian ditunda pada bulan Mac nanti. Selesai pengumuman tersebut, kami dibolehkan untuk bersiap dan balik ke rumah masing-masing. Kami akan bertemu semula pada cuti penggal bulan Mac 2009.

Bergambar ramai sebelum balik.

Menghantar Kerja Kursus

Menjelang hari terakhir di IPSAH, kami merasa sungguh sibuk menyiapkan tugasan yang diberi oleh pensyarah. Dalam segala kepayahan dan kesengsaraan, akhirnya kami berjaya juga menyiapkan segala tugasan dan menghantarnya pada tarikh yang ditetapkan. Legaaaa!

Salmiah (atas) dan Rashidah (bawah) gembira menunjukkan hasil kerja masing-masing.

Senarai Nama Pelajar PGSR 1C Pend. Prasekolah

1. ASHAH BT. MOHAMED NAWAWI
2. AZALMI BT. ABDUL AZIZ
3. FARIDATUL AZIAH BT. ZAINI
4. HABIBAH BT. ABDULLAH
5. HASNAH BT. HAMZAH
6. HASNIZA BT. FAUZI
7. HUSNA BT. HUSAIN
8. JAMALIAH BT. ABDULLAH
9. JAMIAH BT. AHMAD
10. NOOR FADZILAH BT. HJ ALIAS
11. NOR HAYATI BT. ABDUL EID
12. NOR JAMILAHTUN BT. JONID
13. NORAIDAH MD SALLLEH
14. NORLELA BT. ABU
15. NORMA BT. ISMAIL
16. RAFEAH BT. TUMIN
17. RASHIDAH BT. YAAKUB
18. ROHAYA BT. AHMAD
19. SALBIAH BT. MOHAMED
20. SALMIAH BT. A. RAZAK
21. SHAMSON BT. HANAPIAH
22. WAN TEH ZUBIDAH BT. MEOR AHMAD
23. CHE NOORLISS BT. YAHAYA
24. ZAIDAH BT. MAT ISA

Friday, December 19, 2008

Melantik Jawatankuasa Kelas

Pada minggu pertama, dua orang lagi pelajar telah menyertai kumpulan kami menjadikan jumlahnya seramai 24 orang yang kesemuanya wanita. 6 orang daripada kami datang dari Selangor, seorang dari Pulau Pinang, 3 orang dari Kedah dan 14 orang dari Perak.

Kumpulan kami telah melantik AJK seperti berikut:
Ketua Kelas: Husna Husain
Pen. Ketua : Jamiah Ahmad
Setiausaha : Hasnah Hamzah
Bendahari : Wan Teh Zubidah Meor Ahmad

Kuliah Bermula

Kuliah telah bermula pada 19 November 2008 seawal jam 7.30 pagi dan berakhir selewat 5.30 petang pada 2 minggu pertama. Selepas itu kuliah sehingga jam 3 petang. Bagaimanapun kami beruntung kerana waktu kuliah adalah fleksibel dan boleh ditukar ke waktu lain dengan persetujuan pensyarah.

Bagi interaksi November- Disember, kami menghadiri kuliah bagi pelajaran Tamadun Islam & Tamadun Asia, English Language Profiency, Pengurusan Sumber dan Murid & Alam Belajar.

Hari Pendaftaran PGSR IPSAH 2008

Pendaftaran Pelajar baru Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah telah berlangsung pada 17 November 2008 bertempat di Dewan Munsyi Institut Perguruan Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah. Seramai 22 orang pelajar kursus Prasekolah telah mendaftar. Pengurusan pelajar baru telah berlangsung selama dua hari. Pada 19 November, kuliah bermula.

PERKONGSIAN INFO

Minyak serbaguna yang boleh menyembuhkan berbagai penyakit dengan harga yang sangat berpatutan. Untuk keterangan lanjut, sila klik di sini.