Saturday, March 28, 2009

Peperiksaan Akhir

Setelah selesai menjawab kertas Teknologi Pengajaran tempoh hari, berakhirlah sudah 'penyiksaan jiwa dan raga' kami sebagai seorang pelajar. Lega rasanya tidak terkata. Tapi ingatlah, ia belum berakhir sepenuhnya. InsyaAllah kita jumpa lagi pada bulan Mei nanti. Bersedialah dari segi fizikal dan mental!

Dari kiri, Jamiah, Salbiah, Hasnah dan Husna membuat persiapan terakhir sebelum masuk ke dewan peperiksaan.

Friday, March 20, 2009

Pembentangan Akhir - Video Klip

Jamaliah, Aziah, Ashah, Rashidah dan Salmiah bertungkus-lumus menyiapkan video-klip untuk pembentangan.

Ujian Akhir Kursus

Pada 19 Mac 2009 kami menghadapi ujian bagi subjek TITAS dan English Language. Kami sempat merakamkan gelagat semasa menunggu di luar dewan peperiksaan.






Ujian PTK

Pada 18 Mac 2009, kami diberi kelepasan untuk mengambil Ujian PTK.

Wan Teh dan Ashah mengambil PTK di SM Teknik Sungai Petani 1.

Thursday, March 19, 2009

Possing Sakan!

Pada 17 Mac 2009, kami berpeluang membuat amali menggunakan kamera SLR. Selain dari mengambil gambar untuk projek pembikinan video klip, kami mengambil kesempatan untuk berpossing.




Sunday, March 15, 2009

Hari Kedua - 15 Mac 2009

Pada interaksi Mac ini kami akan menghadiri kuliah untuk pelajaran Murid Alam Belajar dan Teknologi Pengajaran. Inilah pertama kali kami akan berkuliah sehingga ke jam 10.30 malam.

Berikut adalah aksi-aksi yang sempat dirakamkan.





Saturday, March 14, 2009

Interaksi Mac 2009

Pada 14 Mac 2009, kumpulan PGSR Prasekolah telah memulakan interaksi pada sepanjang cuti penggal ini. Kami ditempatkan di kuarters dan ada juga yang ditempatkan di dorm asrama. Walaupun pada hakikatnya agak kurang selesa dengan tempat tinggal, namun kami menerima dengan hati terbuka. Kuliah pertama kami adalah bersama En. Ahmad Raji Harun bagi subjek Teknologi Pendidikan. Inilah pertama kali pengalaman kami kuliah hingga jam 10.30 malam.

PERKONGSIAN INFO

Minyak serbaguna yang boleh menyembuhkan berbagai penyakit dengan harga yang sangat berpatutan. Untuk keterangan lanjut, sila klik di sini.