Friday, June 12, 2009

Album Gambar PGSR

Dimaklumkan bahawa sebuah blog telah dibina khas untuk memaparkan gambar-gambar sepanjang pengajian di IPSAH. Bagaimanapun blog tersebut hanya untuk pelajar-pelajar PGSR 2C sahaja. Pihak Admin telah menghantar email bagi jemputan untuk memasuki blog tersebut. Sila klik link yang terdapat dalam email tersebut bagi mengesahkan menerima jemputan.

Selepas itu anda boleh klik/taip alamat berikut: http://albumpgsr.blogspot.com/ Untuk masuk, kena log in dahulu. Masukkan alamat email dan no password anda dalam ruangan yang disediakan.

Gambar yang ada dalam simpanan admin akan dimasukkan semuanya. Rakan lain yang ada gambar untuk dimuatkan dalam albumpgsr sila emailkan kepada saya. Bagi yang belum dapat email jemputan kerana telah bertukar alamat email, sila email alamat yang baru.

Monday, June 8, 2009

Kuliah dan Pembentangan

Pensyarah Hubungan Etnik, Pn. Malar sedang meneliti pembentangan yang dibuat oleh Habibah.

"Cuba teka apa ada dalam kotak ini?"

Macam-macam gelagat.

Norma dan Hasnah memang pakar dalam mewarna gambar.

" Senyum, ada orang ambil gambar kita!"

"Murid-murid semua, ikut cikgu nyanyi!"

Kuliah oleh Pn. Malar memberi banyak memberi kami pengetahuan tentang Sejarah Malaysia.

Friday, June 5, 2009

Bertukar Bilik Kuliah

Pada awalnya kumpulan kami diberi bilik kuliah di tingkat paling atas. Kami yang semuanya berumur 38 - 45 tahun terpaksalah mencungap naik ke atas. Pensyarah-pensyarah kami pun begitu juga.

Bagaimanapun bila Jamilahtun mengalami kecederaan di kaki, timbul masalah untuk dia naik turun ke bilik kuliah. Setelah pengurusan dengan pihak Pusat Sumber, kami diberikan bilik akses yang terletak bersebelah pusat sumber. Di situ lebih selesa. Tidak perlu naik tangga malahan ada penghawa dingin.

Wan Teh kelihatan sihat dan ceria.

Apabila bengkel kumpulan dijalankan setiap ahli kumpulan mengambil peranan yang aktif.

Ibu-ibu ini bukan sahaja hebat di rumah dan di sekolah, tetapi cemerlang sebagai seorang pelajar IPG.

Pengajaran Bahasa juga boleh diserapkan dalam Muzik dan Gerakan. Jamiah dan kumpulannya sedang membuat demontrasi.

Thursday, June 4, 2009

Bengkel dan Pembentangan

Dalam interaksi kali ini, kami banyak membuat bengkel dan pembentangan. Banyak ilmu yang dapat kami kongsikan bersama. Sudah semestinya balik ke sekolah nanti, kami akan lebih kreatif dan inovatif.

Pembentangan Literasi Bahasa.

Miss Teoh, pensyarah Numerical Literacy. Subjek yang menggugat kelancaran kami berkata-kata kerana interaksi dijalankan dalam Bahasa Inggeris.

Idea yang diberikan oleh Kumpulan Aziah memang menarik dan boleh dipraktikkan di sekolah.

Wednesday, June 3, 2009

Situasi Berbengkel

Pada semester ini kami mempelajari 5 subjek iaitu Model Kurikulum Prasekolah, Perkembangan Awal Kanak-kanak, Literasi Bahasa, Numerical Literacy dan Hubungan Etnik. Dalam masa sesingkat 10 hari ini jadual kami dipadatkan dengan subjek tersebut.

Salbiah asyik menyiapkan bahan yang telah dirancang.

Fadzillah dan Jamaliah sedang membina bahan bantu mengajar untuk bengkel membaca mekanis. Sebenarnya banyak idea-idea dapat kami kongsi bersama semasa membina bahan dan cara melaksanakan pengajaran yang lebih berkesan.

Ashah dan Hasnah memang rajin dan tekun.

Pembentangan oleh Jamiah menghangatkan suasana pembelajaran. Ada potensi jadi pensyarah IPG!

Tuesday, June 2, 2009

Interaksi Bulan Mei 2009

Bermula pada 31 Mei 2009, ketika kebanyakan warga sekolah sedang menikmati cuti sekolah selama dua minggu, kami akan menghabiskan cuti ini dengan nota-nota kuliah, buku-buku bacaan, pembentangan dan kerja kursus di IPSAH.

Tahniah kepada semua pelajar PGSR 1C kerana kita sekarang telah melangkah ke semester 2, bermakna kelas kita sekarang ialah PGSR 2C. Secara tidak rasminya semua pelajar kita telah lulus dalam peperiksaan dan ujian semasa semester 1.

Kuliah pertama adalah bersama tutor kami iaitu Pn. Norfauzian.

Pn. Rajmah juga merupakan salah seorang pensyarah kami.

Norfadzillah dan Jamiah.

Che Norliss menunjukkan jaket pelajar PGSR.

Seronoknya dapat jaket seragam!



PERKONGSIAN INFO

Minyak serbaguna yang boleh menyembuhkan berbagai penyakit dengan harga yang sangat berpatutan. Untuk keterangan lanjut, sila klik di sini.