Thursday, September 3, 2009

Lima Hari Yang Padat

Sepanjang kuliah lima hari ini (23 - 27 Ogos 2009) memang sungguh padat dengan kuliah, tutorial, perbincangan, bengkel dan pembentangan. Walaupun waktu kuliah sehingga 5 petang sahaja, namun ada tugasan yang dibekalkan kepada kami untuk disambung di dalam bilik asrama pula. Itu yang menyebabkan ada di antara kami yang tidak cukup tidur kerana menyiapkan tugasan.

Walau bagaimanapun pada hari akhir di mana kami perlu menghantar semua tugasan, didapati semua telah berjaya menyiapkan dan menghantar tugasan tersebut.

Kami balik pada 27 Ogos bukan dengan tangan kosong, sebaliknya kami dibekalkan dengan 3 kerja kursus yang perlu dibuat secara berkumpulan ialah untuk subjek Literasi Bahasa, Numerical Literacy dan Hubungan Etnik.


Wednesday, September 2, 2009

Bengkel Pembinaan Boneka

Rashidah dan ahli kumpulannya membuat boneka menggunakan span.

Norma dan ahli kumpulannya menunjukkan boneka yang diperbuat daripada pelbagai bahan.


Tuesday, September 1, 2009

Kuliah dan Pembentangan

Pn. Nor Asilah, pensyarah Numerical Literacy sedang meneliti hasil perbincangan Rohaya dan ahli kumpulannya.

Dr. Garni, pensyarah kami bagi subjek Kurikulum dan Model Prasekolah.

Jamaliah dan kumpulannya dalam sesi pembentangan.

Khusyuknya Shamson dan Hasnah semasa perbincangan bagi pembentangan Numerical Literacy.



PERKONGSIAN INFO

Minyak serbaguna yang boleh menyembuhkan berbagai penyakit dengan harga yang sangat berpatutan. Untuk keterangan lanjut, sila klik di sini.