Saturday, October 23, 2010

KERJA KURSUS MUZIK

Subjek        : Apreasiasi Muzik Dengan Pergerakan (PRM 3102)

Tajuk        : Muzik dan Pergerakan Kreatif Dalam Cabang Seni Lain

Tarikh hantar    : 4 November 2010

Pensyarah    : En. Mohd Zaaba bin Ismail (Jabatan Sains Sosial)

Subtugasan    :

Pilih satu tema dan hasilkan satu kertas kerja perancangan persembahan muzik dan pergerakan kreatif dalam cabang seni lain. Perancangan anda perlu mengaplikasikan unsur-unsur dan jenis-jenis pergerakan yang sesuai dengan muzik yang dipilih. Perancangan anda juga perlu menunjukkan urutan, berwariasi dan dapat menjelaskan perkembangan serta penjanaan idea dengan berkesan. Ia juga perlu menunjukkan kreativiti dan idea yang asli dan menampakkan ciri-ciri nilai estetika dan artistik yang sangat tinggi. Penggunaan kostum yang bersesuaian dinyatakan dalam penulisan. Semua bahan-bahan rujukan serta gambar berkaitan perlu disediakan dalam sebuah folio.

Tuesday, October 12, 2010

KERJA KURSUS PERKEMBANGAN KREATIVITI

Subjek        : Perkembangan Kreativiti Dalam Pendidikan Prasekolah (PRA 3106)

Nama Pensyarah    : Dr. Ahmad Abdul Garni bin Said

Tarikh hantar        : 8 November 2010 (Dikirim ke IPSAH)

Tajuk    : Merancang dan melaksanakan pertunjukan boneka dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Prasekolah

Tugasan        : Kebanyakan guru prasekolah menghadapi masalah dalam merancang dan melaksanakan aktiviti yang menggalakkan perkembangan kreativiti kanak-kanak terutamanya jika ia merangkumi seni visual, muzik dan pergerakan, sosiodrama, seni boneka dan sastera awal. Anda ditugaskan melaksanakan satu projek dengan melaksanakan satu pertunjukan boneka yang melibatkan gabungan kelima-lima konsep yang dinyatkan dan melaporkan proses penyediaan pertunjukan boneka dalam bilik darjah secara bermakna dan menyeronokkan.

Bagi pelaksanaan projek ini, anda dikehendaki:

  1. Membina pengurusan grafik yang merangkumi kelima-lima konsep
  2. Berdasarkan daripada pengurusan grafik tersebut, anda dikehendaki melaksanakan satu pertunjukan boneka di dalam kelas
  3. Bahasa yang digunakan adalah Bahasa Melayu / Inggeris yang standard. Jalan cerita tidak menyentuh isu-isu sensitive (agama, politik dan lain-lain). Jangka masa untuk satu pertunjukan boneka ialah 10 – 15 minit.
  4. Sediakan satu laporan lengkap mengenai perancangan, pelaksanaan dan penilaian keberkesanan pertunjukan boneka yang telah dilaksanakan. Panjanga laporan lebih kurang 2 atau 3 muka surat
  5. Secara individu, anda dikehendaki membuat satu refleksi tentang pelaksanaan pertunjukan tersebut.

KERJA KURSUS PERGERAKAN ASAS

Subjek        : Pergerakan Asas (PJM 3102)

Nama Pensyarah    : Tn Syed Idrus bin Syed Mudayah

Tarikh hantar        : Interaksi bulan November

Tugasan 1: Rangkaian Pergerakan Asas (30%)

Demontrasi seseorang guru Pendidikan Jasmani dapat membantu murid-muridnya menggambarkan lakuan sesuatu pergerakan asas dengan jelas. Oleh itu, kebolehan membuat suatu demontrasi yang bermutu tinggi adalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran pergerakan asas.

Anda dikehendaki menyediakan satu perancangan rangkaian pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dengan menggunakan alatan, kemudian mendemontrasikan rangkaian tersebut. Rangkaian tersebut hendaklah terdiri daripada aktiviti-aktiviti berikut:

10 jenis pergerakan lokomotor (Lampiran A)

10 jenis pergerakan bukan lokomotor (Lampiran A)

• Pergerakan-pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor di atas hendaklah dilakukan sambil memanipulasikan salah satu jenis alatan tangan (Lampiran A) mengikut pelan laluan dan alatan besar di Lampiran B.

Semua pergerakan anda hendaklah melibatkan faktor-faktor berikut:

• Penggunaan tubuh badan: Kedudukan badan: tegak, condong dan bulat

             Bahagian tubuh badan: atas, tengah, bawah, hadapan dan belakang

• Variasi pergerakan: Kombinasi aktiviti yang menarik

             Susunan aktiviti yang licin alirannya

             Aras pergerakan yang pelbagai : Rendah / sederhana / tinggi

PERKONGSIAN INFO

Minyak serbaguna yang boleh menyembuhkan berbagai penyakit dengan harga yang sangat berpatutan. Untuk keterangan lanjut, sila klik di sini.