Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Sultan Abdul Halim 08000 Sungai Petani, Kedah.
Tuesday, September 1, 2009
Sunday, August 23, 2009
Interaksi Ogos 2009
Interaksi Ogos 2009 telah bermula pada 23 Ogos 2009. Untuk interaksi selama 5 hari ini, kami akan menghadiri kuliah bagi matapelajaran Pengajian Kurikulum dan Model Prasekolah, Literasi Bahasa dan Numerical Literacy. Kami mendapat bilik kuliah 212. Pensyarah yang mula-mula masuk adalah Dr. Ahmad Abd. Garni. Pada kuliah hari pertama ini, kelas kami turut dikunjungi oleh Pengarah IPSAH, Pn. Hjh Saadiah bt. Bani serta Timbalan Pengarah iaitu En. Hussin b. Mohd Yusuf.
Tuesday, August 18, 2009
Monday, August 10, 2009
Jadual Kuliah Semester 2 bagi Interaksi Bulan Ogos 2009
Jadual tersebut akan boleh dilayari mulai 18 Ogos 2009. Sila klik di sini untuk ke laman web jadual.
Friday, June 12, 2009
Album Gambar PGSR
Dimaklumkan bahawa sebuah blog telah dibina khas untuk memaparkan gambar-gambar sepanjang pengajian di IPSAH. Bagaimanapun blog tersebut hanya untuk pelajar-pelajar PGSR 2C sahaja. Pihak Admin telah menghantar email bagi jemputan untuk memasuki blog tersebut. Sila klik link yang terdapat dalam email tersebut bagi mengesahkan menerima jemputan.
Selepas itu anda boleh klik/taip alamat berikut: http://albumpgsr.blogspot.com/ Untuk masuk, kena log in dahulu. Masukkan alamat email dan no password anda dalam ruangan yang disediakan.
Gambar yang ada dalam simpanan admin akan dimasukkan semuanya. Rakan lain yang ada gambar untuk dimuatkan dalam albumpgsr sila emailkan kepada saya. Bagi yang belum dapat email jemputan kerana telah bertukar alamat email, sila email alamat yang baru.
Monday, June 8, 2009
Friday, June 5, 2009
Bertukar Bilik Kuliah
Pada awalnya kumpulan kami diberi bilik kuliah di tingkat paling atas. Kami yang semuanya berumur 38 - 45 tahun terpaksalah mencungap naik ke atas. Pensyarah-pensyarah kami pun begitu juga.
Bagaimanapun bila Jamilahtun mengalami kecederaan di kaki, timbul masalah untuk dia naik turun ke bilik kuliah. Setelah pengurusan dengan pihak Pusat Sumber, kami diberikan bilik akses yang terletak bersebelah pusat sumber. Di situ lebih selesa. Tidak perlu naik tangga malahan ada penghawa dingin.
Apabila bengkel kumpulan dijalankan setiap ahli kumpulan mengambil peranan yang aktif.Thursday, June 4, 2009
Bengkel dan Pembentangan
Dalam interaksi kali ini, kami banyak membuat bengkel dan pembentangan. Banyak ilmu yang dapat kami kongsikan bersama. Sudah semestinya balik ke sekolah nanti, kami akan lebih kreatif dan inovatif.
Wednesday, June 3, 2009
Situasi Berbengkel
Pada semester ini kami mempelajari 5 subjek iaitu Model Kurikulum Prasekolah, Perkembangan Awal Kanak-kanak, Literasi Bahasa, Numerical Literacy dan Hubungan Etnik. Dalam masa sesingkat 10 hari ini jadual kami dipadatkan dengan subjek tersebut.
Fadzillah dan Jamaliah sedang membina bahan bantu mengajar untuk bengkel membaca mekanis. Sebenarnya banyak idea-idea dapat kami kongsi bersama semasa membina bahan dan cara melaksanakan pengajaran yang lebih berkesan.
Pembentangan oleh Jamiah menghangatkan suasana pembelajaran. Ada potensi jadi pensyarah IPG!
Tuesday, June 2, 2009
Interaksi Bulan Mei 2009
Bermula pada 31 Mei 2009, ketika kebanyakan warga sekolah sedang menikmati cuti sekolah selama dua minggu, kami akan menghabiskan cuti ini dengan nota-nota kuliah, buku-buku bacaan, pembentangan dan kerja kursus di IPSAH.
Tahniah kepada semua pelajar PGSR 1C kerana kita sekarang telah melangkah ke semester 2, bermakna kelas kita sekarang ialah PGSR 2C. Secara tidak rasminya semua pelajar kita telah lulus dalam peperiksaan dan ujian semasa semester 1.
Kuliah pertama adalah bersama tutor kami iaitu Pn. Norfauzian.Thursday, May 14, 2009
Surat Dari IPSAH
Insyaallah, kita semua akan bertemu lagi pada 30 Mei 2009 di asrama IPSAH. Berikut adalah kandungan surat panggilan daripada IPSAH:
Semua Peserta PGSR
IPGM Kampus Sultan Abdul Halim,
Sungai Petani.
Tuan/Puan,
Interaksi Bersemuka (Kuliah) Semester 2 Bagi Bulan Mei/Jun 2009
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Untuk makluman tuan/puan, interaksi bersemuka bagi semester 2 tahun 2009 akan bermula pada 31 Mei 2009 (Ahad), mulai jam 8.00 pagi dan akan berakhir pada 11 Jun 2009. Manakala satu sesi taklimat akan diadakan pada:
Tarikh : 31 Mei 2009
Masa : 5.00 ptg
Tempat : Dewan al-Bukhari
Semua Peserta PGSR
IPGM Kampus Sultan Abdul Halim,
Sungai Petani.
Tuan/Puan,
Interaksi Bersemuka (Kuliah) Semester 2 Bagi Bulan Mei/Jun 2009
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Untuk makluman tuan/puan, interaksi bersemuka bagi semester 2 tahun 2009 akan bermula pada 31 Mei 2009 (Ahad), mulai jam 8.00 pagi dan akan berakhir pada 11 Jun 2009. Manakala satu sesi taklimat akan diadakan pada:
Tarikh : 31 Mei 2009
Masa : 5.00 ptg
Tempat : Dewan al-Bukhari
Saturday, March 28, 2009
Peperiksaan Akhir
Setelah selesai menjawab kertas Teknologi Pengajaran tempoh hari, berakhirlah sudah 'penyiksaan jiwa dan raga' kami sebagai seorang pelajar. Lega rasanya tidak terkata. Tapi ingatlah, ia belum berakhir sepenuhnya. InsyaAllah kita jumpa lagi pada bulan Mei nanti. Bersedialah dari segi fizikal dan mental!

Dari kiri, Jamiah, Salbiah, Hasnah dan Husna membuat persiapan terakhir sebelum masuk ke dewan peperiksaan.
Friday, March 20, 2009
Ujian Akhir Kursus
Thursday, March 19, 2009
Possing Sakan!
Sunday, March 15, 2009
Hari Kedua - 15 Mac 2009
Saturday, March 14, 2009
Interaksi Mac 2009
Pada 14 Mac 2009, kumpulan PGSR Prasekolah telah memulakan interaksi pada sepanjang cuti penggal ini. Kami ditempatkan di kuarters dan ada juga yang ditempatkan di dorm asrama. Walaupun pada hakikatnya agak kurang selesa dengan tempat tinggal, namun kami menerima dengan hati terbuka. Kuliah pertama kami adalah bersama En. Ahmad Raji Harun bagi subjek Teknologi Pendidikan. Inilah pertama kali pengalaman kami kuliah hingga jam 10.30 malam.Tuesday, February 24, 2009
Jadual Kuliah Semester 1 bagi Interaksi Bulan Mac 2009
Interaksi bulan Mac 2009 akan bermula pada 14 Mac 2009 (Sabtu) hingga 22 Mac 2009 (Ahad) seperti ketetapan berikut:
14 Mac 2009: Kuliah 4 jam
15 Mac 2009: Kuliah 9 jam
16 Mac 2009: Kuliah 9 jam
17 Mac 2009: Kuliah 5 jam
18 Mac 2009: PTK; Kuliah 4 jam
19 Mac 2009: Kuliah 9 jam
20 Mac 2009: Kuliah 5 jam
21 Mac 2009: Peperiksaan EDU 3103
22 Mac 2009: Peperiksaan EDU 3105
Jika sekiranya waktu interaksi berkenaan melibatkan hari bertugas, kita boleh memohon cuti tanpa rekod daripada pihak majikan bagi menduduki peperiksaan.
Semoga kita semua sihat, kuat dan cergas untuk menjalani interaksi tersebut. Selamat berjuang!!!
14 Mac 2009: Kuliah 4 jam
15 Mac 2009: Kuliah 9 jam
16 Mac 2009: Kuliah 9 jam
17 Mac 2009: Kuliah 5 jam
18 Mac 2009: PTK; Kuliah 4 jam
19 Mac 2009: Kuliah 9 jam
20 Mac 2009: Kuliah 5 jam
21 Mac 2009: Peperiksaan EDU 3103
22 Mac 2009: Peperiksaan EDU 3105
Jika sekiranya waktu interaksi berkenaan melibatkan hari bertugas, kita boleh memohon cuti tanpa rekod daripada pihak majikan bagi menduduki peperiksaan.
Semoga kita semua sihat, kuat dan cergas untuk menjalani interaksi tersebut. Selamat berjuang!!!
Sunday, January 11, 2009
PERUTUSAN PENGARAH PENDIDIKAN GURU SEMPENA PENDAFTARAN DAN MINGGU PENGURUSAN PESERTA
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR)
KURSUS DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA (DALAM CUTI-KDC)
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR)
KURSUS DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA (DALAM CUTI-KDC)
AMBILAN NOVEMBER 2008
Assalamualikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.
Alhamdullilahi Rabbi ‘ Alamin Wassalatuala Asyrafil ‘ Ambia Mursalin Wa’ala Alihi Wasabihi Ajmain.
Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin-Nya kita telah dapat memulakan Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR) sepertimana yang dirancangkan dan meneruskan Kursus Dalam Cuti KDPM Bahasa China, Tamil dan Pendidikan Khas. Kepada semua yang telah mendaftar untuk mengikuti pengajian di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) selamat datang dan selamat berkursus. Gunakan peluang yang diberi sebaik mungkin agar saudara-saudari dapat mengikuti pengajian dengan sempurna dan berjaya.
Kepada para peserta yang mengikuti Program PGSR tahniah dan syabas saya ucapkan kerana terpilih mengikuti program ini daripada 36,697 permohonan yang diterima dari seluruh pelusuk negara. Gunakanlah peluang yang ada untuk peningkatan akademik dan seterusnya merealisasikan pendidikan sepanjang hayat. Program PGSR ini juga selaras dengan usaha memartabatkan profesion perguruan seperti mana yang dinyatakan dalam Teras Strategik Kelima dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Kegigihan saudara-saudari untuk meningkatkan diri menerusi program PGSR sangat dihargai dan disanjung tinggi.
Saudara-saudari sekalian,
Program PGSR merupakan usaha Bahagian Pendidikan Guru dan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memberi peluang kepada guru-guru di negara ini yang telah bertugas di sekolah meningkatkan taraf akademik dan profesionalisme tanpa menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Program ini telahpun diluluskan dalam Mesyuarat Hal-hal Profesional KPM yang diadakan pada 22 Jun 2007 dan dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Saya mengambil peluang ini, untuk mengajak saudara-saudari bermuhassabah diri dan bersyukur dengan peluang yang diberi. Berazamlah untuk belajar dengan bersungguh-sungguh sehingga berjaya mendapatkan ijazah. Jika hari ini saudara-saudari hadir di Institut Pendidikan Guru (IPG) dengan semangat yang berkobar-kobar untuk melayakkkan diri bergelar siswazah, semangat ini seharusnya akan terus bersemarak sehingga ke saat akhir saudara-saudari mengikuti program PGSR ini. Saya ingin memetik ucapan Y.B. Dato’Sri Hishamuddin Tun Hussein dalam Perutusan Tahun Baharu 2006:
”...Hasrat kita adalah untuk memastikan bukan sahaja kita dapat melahirkan guru yang berkualiti, tetapi lebih jauh daripada itu, iaitu untuk memastikan mereka yang berkualiti ini kekal di dalam sistem pendidikan negara dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatanmereka...”
jadikanlah amanat YB Menteri Pelajaran ini sebagai pegangan selama saudara-saudari berada di IPG mengikuti program PGSR dan ketika bertugas di sekolah. Ikutilah program ini dengan penuh komitmen, rasa tanggungjawab dan kesungguhan. Jangan sekali-kali saudara-saudari melupakan tujuan asal saudara-saudari untuk meningkatkan taraf akademik. Saya yakin saudara-saudari yang terpilih merupakan guru-guru yang berkualiti, amanah dan bertanggungjawab yang dapat memberi sumbangan dalam usaha memartabatkan profesion keguruan.
Saudara saudari sekalian,
Di peringkat permulaan, 16 bidang telah dipilih untuk program PGSR dan kesemua 27 buah IPG terlibat. Saya ingin mengambil peluang ini untuk berpesan bahawa sebagai guru yang mengikuti pengajian di IPG, saudara-saudari tertakluk di bawah peraturan IPG dan Akta 174. Di samping itu, sebagai Pegawai Perkhidmatan Awam yang diberi kebenaran belajar semasa cuti sekolah, saudara-saudari juga terikat dengan Perintah Am. Oleh yang demikian, saudara-saudari seharusnya menjadi pendorong disiplin yang baik kepada pelajar-pelajar praperkhidmatan di IPG. Citra dan penampilan diri saudara-saudari mesti mencerminkan aspek positif profesion keguruan. “Make yourself profesionally busy” dengan mengisi masa sebaik mungkin untuk memantapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang seterusnya akan membantu saudara-saudari untuk mendapat kejayaan yang cemerlang di akhir pengajian. Hindarkan perkara negatif yang boleh mencemar martabat seorang guru. Justeru itu, norma dan nilai yang diamalkan di sepanjang masa perlu menunjukkan ketinggian akal budi saudara-saudari sebagai seorang guru yang berpengalaman. Perlakuan saudara-saudari mesti lahir dari kesedaran dan falsafah yang berlandaskan Rukunegara. Pamerkan sifat-sifat yang baik dan akhlak mulia sepanjang masa. Sikap amanah, bertanggungjawab, ikhlas, berdedikasi, tekun, bekerjasama, berbudi mulia dan bersyukur serta menghargai segala pemberian dan kemudahan yang diterima merupakan tunggak utama kepada akhlak yang mulia. Jangan sekali-kali menyalahgunakan peluang dan kepercayaan yang telah diberikan kepada saudara-saudari.
Jagalah martabat profesion keguruan agar tidak tercemar. Ingatlah tugas dan tanggungjawab utama saudara-saudari ialah melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab, taat dan setia kepada Raja dan Negara Malaysia. Sesungguhnya pelajar yang berkualiti dilahirkan oleh guru yang berkualiti dan seterusnya pelajar yang berkualiti akan menjadi modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Saudara saudari yang dikasihi,
Akhir kata, sekali lagi saya ingin mengucapkan tahniah kerana terpilih mengikuti Program PGSR ini. Pastikan saudara-saudari mengikuti pengajian dengan tekun dan dedikasi. Berjanjilah kepada diri saudara-saudari untuk mendapat kejayaan yang cemerlang dalam pengajian dan seterusnya menjadi guru yang berkualiti yang dapat memacu kejayaan sistem pendidikan di negara ini.
Selamat Maju Jaya
Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
( DATO’ MISRAH BIN HAJI IBRAHIM)
Pengarah Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Bertarikh : 17 November 2008
Baca petikan asal: http://www.ipislam.edu.my/index.php/page/kursus/100/pgsr
Subscribe to:
Posts (Atom)
PERKONGSIAN INFO
Minyak serbaguna yang boleh menyembuhkan berbagai penyakit dengan harga yang sangat berpatutan. Untuk keterangan lanjut, sila klik di sini.









.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)








.jpg)
Norfadzillah dan Jamiah..jpg)
Seronoknya dapat jaket seragam!











