Sunday, March 28, 2010

Kerja Kursus Yang Perlu Dibuat

Subjek: Perkembangan Fizikal, Kesihatan Dan Keselamatan Kanak-Kanak (PRA 3103)
  1. Merancang Dan Melaksanakan Menu Pemakanan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Prasekolah
  2. Membina pengurusan grafik yang mengenai konsep perkembangan fizikal kanak-kanak 1 hingga 5, pemakanan kesihatan dan keselamatan kanak-kanak .
  3. Menghasilkan satu menu pemakanan seimbang untuk kanak-kanak dengan menyatakan keperluan dan kepentingan menu yang dihasilkan.
  4. Menyediakan satu laporan lengkap mengenai perancangan, pelaksanaan dan penilaian keberkesanan pemakanan seimbang yang telah dilaksanakan.
  5. Membuat laporan berkaitan refleksi mengenai menu tersebut.

Nama Pensyarah: Dr. Ahmad Abdul Garni bin Said

Tarikh hantar: 16 Mei 2010
Kerja Individu

Subjek: Perkembangan Bahasa Kanak-Kanak (PRA 3104)

a. Secara kumpulan, membincang dan membanding teori-teori pemerolehan dan perkembangan bahasa berikut dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa prasekolah:
  • Model Behavioris
  • Model Nativis
  • Model Konstuktivis

b. Secara individu, merancang serta melaksanakan salah satu persembahan / aktiviti bahasa berikut:

  • Boneka
  • Bercerita / Story Telling (Bahasa Inggeris)
  • Penggunaan buku besar (BM / BI)
  • Puisi Kanak-Kanak / Rhymes
  • Lagu Kanak-Kanak
  • Main Peranan

i) Persembahan aktiviti bahasa hendaklah berdasarkan kepada sesuatu tema yang sesuai

ii) Jangka masa setiap persembahan hendaklah tidak melebihi 30 minit

iii) Menyediakan satu laporan lengkap mengenai perancangan, pelaksanaan dan penilaian keberkesanan aktiviti yang telah dilaksanakan

iv) Panjang laporan lebih kurang 1000 patah perkataan (5 muka surat)

Arahan tugasan:

  1. Hasil projek hendaklah bertaip menggunakan font jenis Arial, saiz 12 dan langkau satu setengah baris.
  2. Sumber bahan / rujukan perlu dinyatakan mengikut format yang ditentukan (contoh: APA)
  3. Rajah, jadual dan gambar hendaklah dilabelkan, dinomborkan dan dimasukkan dalam senarai (Lampiran)
  4. Bahagian kulit luar hendaklah dilengkapkan dengan maklumat berikut:
  • Nama Pelajar:
  • Angka Giliran:
  • Nombor Kad Pengenalan:
  • Kumpulan / Unit: PGSR 3C
  • Kod dan Mata Pelajaran: PRA 3104 Perkembangan Bahasa Kanak-Kanak
  • Nama Pensyarah: Pn. Chee Siew Lan
  • Tarikh Serah Tugasan: 27 April 2010

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. askum..mcm mne nk buat laporan Subjek: Perkembangan Bahasa Kanak-Kanak (PRA 3104)

    ReplyDelete

PERKONGSIAN INFO

Minyak serbaguna yang boleh menyembuhkan berbagai penyakit dengan harga yang sangat berpatutan. Untuk keterangan lanjut, sila klik di sini.