Saturday, November 27, 2010

Model Kurikulum Bunker & Thorpe

1. Bentuk permainan (Game form)

Bentuk permainan dalam model kurikulum Bunker & Thorpe (1982) ialah permainan mini yang menyerupai permainan sebenarnya.
Bentuk permainan itu melibatkan ruang permainan, alatan permainan, bilangan pemain dll. Pelajar- pelajar perlu memahami bentuk permainan untuk mengenalpasti masalah yang perlu diselesaikan.

2. Penghayatan permainan (Game Appreciation)

Pelajar diperlukan memahami peraturan permainan yang diubahsuaikan dari permainan asal. Kemudian, mereka akan menghayati bahawa pengubahsuaian peraturan akan mengubah taktik yang akan digunakan. Misalnya, apabila peraturan diubah agar saiz gol dibesarkan, maka penjagaan gol adalah lebih susah dan taktik pertahanan juga perlu diubah.

3.Kesedaran taktikal (Tactical Awareness)

Pelajar menggunakan peraturan permainan untuk menambah faedah kepada pasukan sendiri sambil mengurangkan prinsip-prinsip permainan seperti:
  • mencipta ruang untuk pihak sendiri / menghadkan ruang pihak lawan.
  • bertindakbalas terhadap kekuatan / kelemahan pasukan diri / lawan

4. Membuat keputusan (Decision Making)

Semasa permainan dijalankan, pelajar-pelajar sentiasa menilai situasi, menjangka kemungkinan dan membuat keputusan memilih tindakan yang sesuai mengikut situasi tentang:

  • apa yang perlu dilakukan
  • bila melakukannya
  • bagaimana melakukannya

5. Pelaksanaan kemahiran (Skill Execution)

Setelah pelajar-pelajar mengenal pasti apa yang perlu dibuat dan bila perlu membuatnya, mereka adalah rela dan bersedia untuk belajar bagaimana melakukan kemahiran dengan berkesan. Semua kemahiran itu dipelajari mengikut kesesuaian dalam konteks permainan.


6. Penilaian prestasi (Performance)

Hasil pembelajaran dinilai berdasarkan kriteria tertentu dalam aspek-aspek:

  • kebolehan kemahiran pelajar dalam situasi permainan
  • respon yang bersesuaian dengan situasi yang berada di dalam permainan.

Apresiasi Muzik Dalam Pergerakan

Terdapat 4 jenis pergerakan, iaitu spontan, terarah, terancang dan terurus. Kami cuba mengaplikasikan pergerakan tersebut dengan iringan muzik.

Pergerakan spontan. Macam-macam gaya ada.

Pensyarah muzik, Encik Mohd Zaaba.

Zaidah, Hasnah dan Norma.

Pergerakan terurus.

Thursday, November 25, 2010

Interaksi November/Disember 2010

Interaksi kali ini bermula pada 21 November hingga 22 Disember 2010. Kali ini lebih mencabar kerana kerana kekuatan mental dan fizikal kami teruji.


Beraksi di gimnasium.

Zaidah beraksi dalam simulasi untuk amali pergerakan asas.

Wan Teh menjalankan tugas dengan cekap sebagai Bendahari kelas.

Salbiah sedang menjalani ujian amali pergerakan asas.

Tuan Syed Idrus, pensyarah PJM 3102 yang menyaksikan amali kami.

PERKONGSIAN INFO

Minyak serbaguna yang boleh menyembuhkan berbagai penyakit dengan harga yang sangat berpatutan. Untuk keterangan lanjut, sila klik di sini.