1. Bentuk permainan (Game form)
Bentuk permainan dalam model kurikulum Bunker & Thorpe (1982) ialah permainan mini yang menyerupai permainan sebenarnya.
Bentuk permainan itu melibatkan ruang permainan, alatan permainan, bilangan pemain dll. Pelajar- pelajar perlu memahami bentuk permainan untuk mengenalpasti masalah yang perlu diselesaikan.
2. Penghayatan permainan (Game Appreciation)
Pelajar diperlukan memahami peraturan permainan yang diubahsuaikan dari permainan asal. Kemudian, mereka akan menghayati bahawa pengubahsuaian peraturan akan mengubah taktik yang akan digunakan. Misalnya, apabila peraturan diubah agar saiz gol dibesarkan, maka penjagaan gol adalah lebih susah dan taktik pertahanan juga perlu diubah.
3.Kesedaran taktikal (Tactical Awareness)
Pelajar menggunakan peraturan permainan untuk menambah faedah kepada pasukan sendiri sambil mengurangkan prinsip-prinsip permainan seperti:
- mencipta ruang untuk pihak sendiri / menghadkan ruang pihak lawan.
- bertindakbalas terhadap kekuatan / kelemahan pasukan diri / lawan
4. Membuat keputusan (Decision Making)
Semasa permainan dijalankan, pelajar-pelajar sentiasa menilai situasi, menjangka kemungkinan dan membuat keputusan memilih tindakan yang sesuai mengikut situasi tentang:
- apa yang perlu dilakukan
- bila melakukannya
- bagaimana melakukannya
5. Pelaksanaan kemahiran (Skill Execution)
Setelah pelajar-pelajar mengenal pasti apa yang perlu dibuat dan bila perlu membuatnya, mereka adalah rela dan bersedia untuk belajar bagaimana melakukan kemahiran dengan berkesan. Semua kemahiran itu dipelajari mengikut kesesuaian dalam konteks permainan.
Hasil pembelajaran dinilai berdasarkan kriteria tertentu dalam aspek-aspek:
- kebolehan kemahiran pelajar dalam situasi permainan
- respon yang bersesuaian dengan situasi yang berada di dalam permainan.
No comments:
Post a Comment