Friday, December 2, 2011

SYNTHESIZER KEYBOARD


Muzik Pop moden banyak menggunakan peralatan keyboard synthesizer. Mungkin anda pernah mendengar piano di mainkan dalam lagu pop dan mungkin anda pernah melihat bunyi piano atau alat muzik string dimainkan dari keyboard synthesizer.





Kemungkinan besar bunyi dan brass (alat tiupan angin: trumpet,horn) pun boleh dimain dari keyboard synthesizer. Begitu juga bunyi percussion (drum,cymbal) dan juga bunyi ganjil yang tidak terdapat pada alat muzik lain serta bunyi-bunyian organ. Synthesizer atau synth alat elektrik boleh mengeluarkan bunyi dengan menjana isyarat elektrik pelbagai frequency.



Isyarat elektrik ini kemudian dimainkan melalui speaker. Synthesizer boleh mengeluarkan julat bunyi yang luas, samada menyerupai bunyi alat muzik yang betul, atau mengeluarkan bunyi timbre (tone quality & tone colour). Keyboard synthesizer bukan alat muzik gitar. Tetapi ia juga boleh mengeluarkan bunyi menyerupai alat muzik bertali.


Satu set alat muzik moden seperti gitar, bass, drum, string & wind instrument boleh dimainkan dengan menggunakan hanya satu keyboard synthesizer atau Digital Sound Processor keyboard melalui protokol MIDI (Musical Interface Digital Interface) yg membolehkan Synthesizer, mesin drum synthesizer elektrik, computer, MIDI controller, sound card, sampler menyelaras sesama sendiri.

Pada tahun 1980an keyboard synthesizer diguna secara meluas selaras dengan perkembangan teknologi elektronik. Muncullah band yang memainkan muzik disco (synth pop & techno) secara elektronik keseluruhan seperti Depeche mode, Devo, Bellville Three, Giorgio Moroder, Cybotron dan banyak lagi.

Alat Synthesizer juga digunakan mengiring penari breakdance, & rakaman lagu lagu Rap. Muzik Jazz, R&B, Pop, hip hop, Rock, Metal atau apa apa saja yang mendapat manfaat dari perkembangan teknologi synthesizer (keyboard) kerana bunyi satu set orkestra (40 - 60 alat muzik acoustic atau muzik elektrik) boleh dimainkan hanya dengan memainkan beberapa keyboard synthesizer. Pemain keyboard Synthesizer -- Kitaro (lagu Matsuri, bunyi synthesizer menyerupai bunyi flute), Stevie wonder, John Lord (Deep Purple) dan banyak lagi lah pemain keyboard.

No comments:

Post a Comment

PERKONGSIAN INFO

Minyak serbaguna yang boleh menyembuhkan berbagai penyakit dengan harga yang sangat berpatutan. Untuk keterangan lanjut, sila klik di sini.