Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Sultan Abdul Halim 08000 Sungai Petani, Kedah.
Sunday, June 20, 2010
Tugasan Yang Perlu Disiapkan Segera
Pembetulan Rancangan Pengajaran secara individu. Rancangan mengajar yang telah ditaip/edit boleh dikirimkan kepada:
En. Zulkifli Ahmad
Jabatan Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan,
Institut Pendidikan Guru Malaysia,
Kampus Sultan Abdul Halim,
08000 Sungai Petani, Kedah.
Thursday, May 27, 2010
Gambar Menarik BIG 7/2010
Program Bina Insan Guru (BIG)
Terimakasih diucapkan kepada semua fasilitator yang banyak membimbing dan memberi semangat kepada kami terutama kepada tutor yang kami sayangi, Pn. Norfauzian.
Sunday, March 28, 2010
Kerja Kursus Yang Perlu Dibuat
- Merancang Dan Melaksanakan Menu Pemakanan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Prasekolah
- Membina pengurusan grafik yang mengenai konsep perkembangan fizikal kanak-kanak 1 hingga 5, pemakanan kesihatan dan keselamatan kanak-kanak .
- Menghasilkan satu menu pemakanan seimbang untuk kanak-kanak dengan menyatakan keperluan dan kepentingan menu yang dihasilkan.
- Menyediakan satu laporan lengkap mengenai perancangan, pelaksanaan dan penilaian keberkesanan pemakanan seimbang yang telah dilaksanakan.
- Membuat laporan berkaitan refleksi mengenai menu tersebut.
Nama Pensyarah: Dr. Ahmad Abdul Garni bin Said
Tarikh hantar: 16 Mei 2010Kerja Individu
Subjek: Perkembangan Bahasa Kanak-Kanak (PRA 3104)
a. Secara kumpulan, membincang dan membanding teori-teori pemerolehan dan perkembangan bahasa berikut dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa prasekolah:
- Model Behavioris
- Model Nativis
- Model Konstuktivis
b. Secara individu, merancang serta melaksanakan salah satu persembahan / aktiviti bahasa berikut:
- Boneka
- Bercerita / Story Telling (Bahasa Inggeris)
- Penggunaan buku besar (BM / BI)
- Puisi Kanak-Kanak / Rhymes
- Lagu Kanak-Kanak
- Main Peranan
i) Persembahan aktiviti bahasa hendaklah berdasarkan kepada sesuatu tema yang sesuai
ii) Jangka masa setiap persembahan hendaklah tidak melebihi 30 minit
iii) Menyediakan satu laporan lengkap mengenai perancangan, pelaksanaan dan penilaian keberkesanan aktiviti yang telah dilaksanakan
iv) Panjang laporan lebih kurang 1000 patah perkataan (5 muka surat)
Arahan tugasan:
- Hasil projek hendaklah bertaip menggunakan font jenis Arial, saiz 12 dan langkau satu setengah baris.
- Sumber bahan / rujukan perlu dinyatakan mengikut format yang ditentukan (contoh: APA)
- Rajah, jadual dan gambar hendaklah dilabelkan, dinomborkan dan dimasukkan dalam senarai (Lampiran)
- Bahagian kulit luar hendaklah dilengkapkan dengan maklumat berikut:
- Nama Pelajar:
- Angka Giliran:
- Nombor Kad Pengenalan:
- Kumpulan / Unit: PGSR 3C
- Kod dan Mata Pelajaran: PRA 3104 Perkembangan Bahasa Kanak-Kanak
- Nama Pensyarah: Pn. Chee Siew Lan
- Tarikh Serah Tugasan: 27 April 2010
Sunday, March 21, 2010
Tugasan Untuk Dihantar
Read an article of about 600 words. Complete a summary in about 120 words. Summit the task before Thursday 25 March 2010 by post to our lecturer.
Nama Pensyarah: Mdm Haaiyon bt. Ahmad
Alamat: Unit Pengajian Inggeris, Jabatan Bahasa, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Sultan Abdul Halim, 08000 Sungai Petani, Kedah
No Tel: 019-4561802
Email: missyon427@yahoo.com.uk
Catatkan:
Nama, No IC, No Kad Matrik, Ambilan Nov 2008
Wednesday, March 10, 2010
Saturday, December 5, 2009
Tugasan / Kerja Kursus
Assignment 1: Individual Work
Submission Date: 24 December 2009
Muzik Prasekolah (PRM 3101)
Pembinaan Bahan Bantu Mengajar Visual (Tugasan Individu)
- Carta skor lagu
- Carta lirik lagu
- Carta perkusi
- Carta skor ensembel
- Kad imbasan
- Kad gambar
- Kad ayat
Tarikh hantar: Mac 2010
Budaya Dan Pembelajaran (EDU 3106)
Tugasan berkumpulan (3 orang)
Tajuk:
A. Pilih satu etnik di Semenanjung Malaysia/ Sabah/ Sarawak dan bincangkan dari aspek bangsa, struktur masyarakat/ kelas sosial, kepercayaan, bahasa, adat resam dan jantina.
B. Huraikan implikasi kepelbagaian sosio-budaya di dalam sebuah bilik darjah terhadap guru, murid dan sekolah secara keseluruhannya.
C. Cadangkan pedagogi relevan budaya dan kepelbagaian kelompok untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya dan seterusnya melahirkan warganegara bersatu padu.
Tarikh hantar: 15 Mac 2010
Monday, November 30, 2009
Tuesday, November 24, 2009
Subjek Bagi Semester 3
Subjek Teras:
1. (PRA 3103) Perkembangan Fizikal, Kesihatan dan Keselamatan Kanak-Kanak
Pensyarah: Dr. Ahmad Abdul Garni
2. (PRA 3104) Perkembangan Bahasa Kanak-Kanak
Pensyarah: Pn. Chee Siew Lan
Subjek Wajib:
1. English Profiency 2
Pensyarah:
2. (EDU 3106) Budaya Dan Pembelajaran
Pensyarah: Mdm Tai Lay Keng
3. Bina Insan Guru (3 hari 2 malam) - Semua pelajar akan dipanggil melalui surat untuk mengikuti kursus ini semasa sesi persekolahan.
Subjek Elektif:
1. (PRM 3101) Muzik Prasekolah
Pensyarah: En. Mohd Zaaba Ismail
Monday, November 23, 2009
Interaksi November- Disember 2009
Friday, November 20, 2009
Jadual Waktu
Sila klik di sini untuk memaparkan jadual kelas Disember 2009
Sila klik di sini untuk memaparkan jadual peperiksaan PGSR 2C
Maklumat Pengecualian Kredit
MAKLUMAT PENGECUALIAN KREDIT BAGI KUMPULAN PGSR IPG AMBILAN NOV 2008.
BAGI MAKSUD PERMOHONAN BAGI PENGECUALIAN KREDIT, SEMUA PELAJAR PGSR AMBILAN NOV 2008, IPG KSAH DIKEHENDAKI MEMBAWA MAKLUMAT TERSEBUT SEMASA INTERAKSI NOV 2009; KEPUTUSAN MESYUARAT PADA 10 NOV 2009 ADALAH SEPERTI BERIKUT;
1. Diploma Perguruan asal (Keluaran Maktab Perguruan sahaja)
2. Semua transkrip keputusan peperiksaan asal.
3. Silibus kursus (jika ada)
Catatan :
1. Semua subjek yang ingin mendapat pengecualian kredit mesti
mendapat gred semasa diploma pendidikan sekurang-kurangnya C+
2. Diploma tidak melebihi tarikh tempoh 5 tahun daripada lapor diri untuk
pengajian PGSR.
3. Sijil/kursus KSPK/KDP14minggu tidak diambil kita untuk tujuan
pengecualian kredit.
Sekian, harap maklum.
Muhd Rasul Bin Ali
Setiausaha
Jawatankuasa Kerja Sementara
Permohonan Pengecualian Kredit PGSR
IPG, KSAH>
Thursday, September 3, 2009
Lima Hari Yang Padat
Walau bagaimanapun pada hari akhir di mana kami perlu menghantar semua tugasan, didapati semua telah berjaya menyiapkan dan menghantar tugasan tersebut.
Kami balik pada 27 Ogos bukan dengan tangan kosong, sebaliknya kami dibekalkan dengan 3 kerja kursus yang perlu dibuat secara berkumpulan ialah untuk subjek Literasi Bahasa, Numerical Literacy dan Hubungan Etnik.
























