Wednesday, August 25, 2010

TUGASAN PROJEK KERJA KURSUS PGSR

Mata Pelajaran : Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak (PRA 3105)

Tarikh hantar    : 22 November 2010

Tajuk        : KEFAHAMAN BERKENAAN TEORI KOGNITIF KANAK-KANAK, MERANCANG DAN MELAKSANAKAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKENAAN AKTIVITI MATEMATIK DAN SAINS

Komponen Perkembangan Kognitif menjadi fokus utama dalam pendidikan awal kanak-kanak kerana keupayaan kognitif mempengaruhi semua aktiviti pembelajaran. Komponen ini member penekanan kepada sikap positif terhadap sains dan matematik. Sebagai guru prasekolah anda dikehendaki mengaplikasi proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan aktiviti sains dan matematik.

Objektif Projek:

1. Menghuraikan teori-teori dan asas perkembangan kognitif kanak-kanak.

2. Merancang aktiviti pembelajaran dan pengajaran komponen kognitif iaitu sains dan matematik.

3. Mengenal pasti sumber-sumber asas pembelajaran matematik dan sains dengan konteks pengajaran dan pembelajaran di prasekolah.

4. Mengaplikasikan pelbagai kaedah pembelajaran sains dan matematik dalam pengajaran mikro.

5. Membuat satu laporan refleksi bagaimana menghasilkan tugasan tersebut.

Tugasan anda merangkumi perkara-perkara berikut:

a. Menjelaskan teori-teori perkembangan kognitif Jean Piaget dan Lee Vygotsky

b. Membuat rancangan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan isi kandungan pengajaran matematik dan konsep sains yang boleh diaplikasikan di kelas prasekolah

c. Membina bahan bantu mengajar yang digunakan semasa melaksanakn proses pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik

d. Melaksanakan pengajaran mikro di dalam kelas (rakaman video)

1 comment:

PERKONGSIAN INFO

Minyak serbaguna yang boleh menyembuhkan berbagai penyakit dengan harga yang sangat berpatutan. Untuk keterangan lanjut, sila klik di sini.