Tuesday, October 12, 2010

KERJA KURSUS PERGERAKAN ASAS

Subjek        : Pergerakan Asas (PJM 3102)

Nama Pensyarah    : Tn Syed Idrus bin Syed Mudayah

Tarikh hantar        : Interaksi bulan November

Tugasan 1: Rangkaian Pergerakan Asas (30%)

Demontrasi seseorang guru Pendidikan Jasmani dapat membantu murid-muridnya menggambarkan lakuan sesuatu pergerakan asas dengan jelas. Oleh itu, kebolehan membuat suatu demontrasi yang bermutu tinggi adalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran pergerakan asas.

Anda dikehendaki menyediakan satu perancangan rangkaian pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dengan menggunakan alatan, kemudian mendemontrasikan rangkaian tersebut. Rangkaian tersebut hendaklah terdiri daripada aktiviti-aktiviti berikut:

10 jenis pergerakan lokomotor (Lampiran A)

10 jenis pergerakan bukan lokomotor (Lampiran A)

• Pergerakan-pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor di atas hendaklah dilakukan sambil memanipulasikan salah satu jenis alatan tangan (Lampiran A) mengikut pelan laluan dan alatan besar di Lampiran B.

Semua pergerakan anda hendaklah melibatkan faktor-faktor berikut:

• Penggunaan tubuh badan: Kedudukan badan: tegak, condong dan bulat

             Bahagian tubuh badan: atas, tengah, bawah, hadapan dan belakang

• Variasi pergerakan: Kombinasi aktiviti yang menarik

             Susunan aktiviti yang licin alirannya

             Aras pergerakan yang pelbagai : Rendah / sederhana / tinggi

No comments:

Post a Comment

PERKONGSIAN INFO

Minyak serbaguna yang boleh menyembuhkan berbagai penyakit dengan harga yang sangat berpatutan. Untuk keterangan lanjut, sila klik di sini.