PGSR PRASEKOLAH
Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Sultan Abdul Halim 08000 Sungai Petani, Kedah.
Monday, March 5, 2012
Jadual Waktu Interaksi Mac 2012
Selamat menimba ilmu!
Friday, December 2, 2011
SYNTHESIZER KEYBOARD
Satu set alat muzik moden seperti gitar, bass, drum, string & wind instrument boleh dimainkan dengan menggunakan hanya satu keyboard synthesizer atau Digital Sound Processor keyboard melalui protokol MIDI (Musical Interface Digital Interface) yg membolehkan Synthesizer, mesin drum synthesizer elektrik, computer, MIDI controller, sound card, sampler menyelaras sesama sendiri.
Pada tahun 1980an keyboard synthesizer diguna secara meluas selaras dengan perkembangan teknologi elektronik. Muncullah band yang memainkan muzik disco (synth pop & techno) secara elektronik keseluruhan seperti Depeche mode, Devo, Bellville Three, Giorgio Moroder, Cybotron dan banyak lagi.
Alat Synthesizer juga digunakan mengiring penari breakdance, & rakaman lagu lagu Rap. Muzik Jazz, R&B, Pop, hip hop, Rock, Metal atau apa apa saja yang mendapat manfaat dari perkembangan teknologi synthesizer (keyboard) kerana bunyi satu set orkestra (40 - 60 alat muzik acoustic atau muzik elektrik) boleh dimainkan hanya dengan memainkan beberapa keyboard synthesizer. Pemain keyboard Synthesizer -- Kitaro (lagu Matsuri, bunyi synthesizer menyerupai bunyi flute), Stevie wonder, John Lord (Deep Purple) dan banyak lagi lah pemain keyboard.
Wednesday, October 26, 2011
Saturday, December 4, 2010
CARA-CARA MEMBUAT DOH
Saturday, November 27, 2010
Model Kurikulum Bunker & Thorpe
Bentuk permainan dalam model kurikulum Bunker & Thorpe (1982) ialah permainan mini yang menyerupai permainan sebenarnya.
Bentuk permainan itu melibatkan ruang permainan, alatan permainan, bilangan pemain dll. Pelajar- pelajar perlu memahami bentuk permainan untuk mengenalpasti masalah yang perlu diselesaikan.
Pelajar diperlukan memahami peraturan permainan yang diubahsuaikan dari permainan asal. Kemudian, mereka akan menghayati bahawa pengubahsuaian peraturan akan mengubah taktik yang akan digunakan. Misalnya, apabila peraturan diubah agar saiz gol dibesarkan, maka penjagaan gol adalah lebih susah dan taktik pertahanan juga perlu diubah.
3.Kesedaran taktikal (Tactical Awareness)
Pelajar menggunakan peraturan permainan untuk menambah faedah kepada pasukan sendiri sambil mengurangkan prinsip-prinsip permainan seperti:
- mencipta ruang untuk pihak sendiri / menghadkan ruang pihak lawan.
- bertindakbalas terhadap kekuatan / kelemahan pasukan diri / lawan
4. Membuat keputusan (Decision Making)
Semasa permainan dijalankan, pelajar-pelajar sentiasa menilai situasi, menjangka kemungkinan dan membuat keputusan memilih tindakan yang sesuai mengikut situasi tentang:
- apa yang perlu dilakukan
- bila melakukannya
- bagaimana melakukannya
5. Pelaksanaan kemahiran (Skill Execution)
Setelah pelajar-pelajar mengenal pasti apa yang perlu dibuat dan bila perlu membuatnya, mereka adalah rela dan bersedia untuk belajar bagaimana melakukan kemahiran dengan berkesan. Semua kemahiran itu dipelajari mengikut kesesuaian dalam konteks permainan.
Hasil pembelajaran dinilai berdasarkan kriteria tertentu dalam aspek-aspek:
- kebolehan kemahiran pelajar dalam situasi permainan
- respon yang bersesuaian dengan situasi yang berada di dalam permainan.
Apresiasi Muzik Dalam Pergerakan
Thursday, November 25, 2010
Interaksi November/Disember 2010
Saturday, October 23, 2010
KERJA KURSUS MUZIK
Subjek : Apreasiasi Muzik Dengan Pergerakan (PRM 3102)
Tajuk : Muzik dan Pergerakan Kreatif Dalam Cabang Seni Lain
Tarikh hantar : 4 November 2010
Pensyarah : En. Mohd Zaaba bin Ismail (Jabatan Sains Sosial)
Subtugasan :
Pilih satu tema dan hasilkan satu kertas kerja perancangan persembahan muzik dan pergerakan kreatif dalam cabang seni lain. Perancangan anda perlu mengaplikasikan unsur-unsur dan jenis-jenis pergerakan yang sesuai dengan muzik yang dipilih. Perancangan anda juga perlu menunjukkan urutan, berwariasi dan dapat menjelaskan perkembangan serta penjanaan idea dengan berkesan. Ia juga perlu menunjukkan kreativiti dan idea yang asli dan menampakkan ciri-ciri nilai estetika dan artistik yang sangat tinggi. Penggunaan kostum yang bersesuaian dinyatakan dalam penulisan. Semua bahan-bahan rujukan serta gambar berkaitan perlu disediakan dalam sebuah folio.
Tuesday, October 12, 2010
KERJA KURSUS PERKEMBANGAN KREATIVITI
Subjek : Perkembangan Kreativiti Dalam Pendidikan Prasekolah (PRA 3106)
Nama Pensyarah : Dr. Ahmad Abdul Garni bin Said
Tarikh hantar : 8 November 2010 (Dikirim ke IPSAH)
Tajuk : Merancang dan melaksanakan pertunjukan boneka dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Prasekolah
Tugasan : Kebanyakan guru prasekolah menghadapi masalah dalam merancang dan melaksanakan aktiviti yang menggalakkan perkembangan kreativiti kanak-kanak terutamanya jika ia merangkumi seni visual, muzik dan pergerakan, sosiodrama, seni boneka dan sastera awal. Anda ditugaskan melaksanakan satu projek dengan melaksanakan satu pertunjukan boneka yang melibatkan gabungan kelima-lima konsep yang dinyatkan dan melaporkan proses penyediaan pertunjukan boneka dalam bilik darjah secara bermakna dan menyeronokkan.
Bagi pelaksanaan projek ini, anda dikehendaki:
- Membina pengurusan grafik yang merangkumi kelima-lima konsep
- Berdasarkan daripada pengurusan grafik tersebut, anda dikehendaki melaksanakan satu pertunjukan boneka di dalam kelas
- Bahasa yang digunakan adalah Bahasa Melayu / Inggeris yang standard. Jalan cerita tidak menyentuh isu-isu sensitive (agama, politik dan lain-lain). Jangka masa untuk satu pertunjukan boneka ialah 10 – 15 minit.
- Sediakan satu laporan lengkap mengenai perancangan, pelaksanaan dan penilaian keberkesanan pertunjukan boneka yang telah dilaksanakan. Panjanga laporan lebih kurang 2 atau 3 muka surat
- Secara individu, anda dikehendaki membuat satu refleksi tentang pelaksanaan pertunjukan tersebut.
KERJA KURSUS PERGERAKAN ASAS
Subjek : Pergerakan Asas (PJM 3102)
Nama Pensyarah : Tn Syed Idrus bin Syed Mudayah
Tarikh hantar : Interaksi bulan November
Tugasan 1: Rangkaian Pergerakan Asas (30%)
Demontrasi seseorang guru Pendidikan Jasmani dapat membantu murid-muridnya menggambarkan lakuan sesuatu pergerakan asas dengan jelas. Oleh itu, kebolehan membuat suatu demontrasi yang bermutu tinggi adalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran pergerakan asas.
Anda dikehendaki menyediakan satu perancangan rangkaian pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dengan menggunakan alatan, kemudian mendemontrasikan rangkaian tersebut. Rangkaian tersebut hendaklah terdiri daripada aktiviti-aktiviti berikut:
• 10 jenis pergerakan lokomotor (Lampiran A)
• 10 jenis pergerakan bukan lokomotor (Lampiran A)
• Pergerakan-pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor di atas hendaklah dilakukan sambil memanipulasikan salah satu jenis alatan tangan (Lampiran A) mengikut pelan laluan dan alatan besar di Lampiran B.
Semua pergerakan anda hendaklah melibatkan faktor-faktor berikut:
• Penggunaan tubuh badan: Kedudukan badan: tegak, condong dan bulat
Bahagian tubuh badan: atas, tengah, bawah, hadapan dan belakang
• Variasi pergerakan: Kombinasi aktiviti yang menarik
Susunan aktiviti yang licin alirannya
Aras pergerakan yang pelbagai : Rendah / sederhana / tinggi
Wednesday, August 25, 2010
TUGASAN PROJEK KERJA KURSUS PGSR
Mata Pelajaran : Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak (PRA 3105)
Tarikh hantar : 22 November 2010
Tajuk : KEFAHAMAN BERKENAAN TEORI KOGNITIF KANAK-KANAK, MERANCANG DAN MELAKSANAKAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKENAAN AKTIVITI MATEMATIK DAN SAINS
Komponen Perkembangan Kognitif menjadi fokus utama dalam pendidikan awal kanak-kanak kerana keupayaan kognitif mempengaruhi semua aktiviti pembelajaran. Komponen ini member penekanan kepada sikap positif terhadap sains dan matematik. Sebagai guru prasekolah anda dikehendaki mengaplikasi proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan aktiviti sains dan matematik.
Objektif Projek:
1. Menghuraikan teori-teori dan asas perkembangan kognitif kanak-kanak.
2. Merancang aktiviti pembelajaran dan pengajaran komponen kognitif iaitu sains dan matematik.
3. Mengenal pasti sumber-sumber asas pembelajaran matematik dan sains dengan konteks pengajaran dan pembelajaran di prasekolah.
4. Mengaplikasikan pelbagai kaedah pembelajaran sains dan matematik dalam pengajaran mikro.
5. Membuat satu laporan refleksi bagaimana menghasilkan tugasan tersebut.
Tugasan anda merangkumi perkara-perkara berikut:
a. Menjelaskan teori-teori perkembangan kognitif Jean Piaget dan Lee Vygotsky
b. Membuat rancangan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan isi kandungan pengajaran matematik dan konsep sains yang boleh diaplikasikan di kelas prasekolah
c. Membina bahan bantu mengajar yang digunakan semasa melaksanakn proses pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik
d. Melaksanakan pengajaran mikro di dalam kelas (rakaman video)
Sunday, August 22, 2010
Jadual Interaksi September 2010
Sunday, June 20, 2010
Tugasan Yang Perlu Disiapkan Segera
Pembetulan Rancangan Pengajaran secara individu. Rancangan mengajar yang telah ditaip/edit boleh dikirimkan kepada:
En. Zulkifli Ahmad
Jabatan Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan,
Institut Pendidikan Guru Malaysia,
Kampus Sultan Abdul Halim,
08000 Sungai Petani, Kedah.
Thursday, May 27, 2010
Gambar Menarik BIG 7/2010
Program Bina Insan Guru (BIG)
Terimakasih diucapkan kepada semua fasilitator yang banyak membimbing dan memberi semangat kepada kami terutama kepada tutor yang kami sayangi, Pn. Norfauzian.
Sunday, March 28, 2010
Kerja Kursus Yang Perlu Dibuat
- Merancang Dan Melaksanakan Menu Pemakanan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Prasekolah
- Membina pengurusan grafik yang mengenai konsep perkembangan fizikal kanak-kanak 1 hingga 5, pemakanan kesihatan dan keselamatan kanak-kanak .
- Menghasilkan satu menu pemakanan seimbang untuk kanak-kanak dengan menyatakan keperluan dan kepentingan menu yang dihasilkan.
- Menyediakan satu laporan lengkap mengenai perancangan, pelaksanaan dan penilaian keberkesanan pemakanan seimbang yang telah dilaksanakan.
- Membuat laporan berkaitan refleksi mengenai menu tersebut.
Nama Pensyarah: Dr. Ahmad Abdul Garni bin Said
Tarikh hantar: 16 Mei 2010Kerja Individu
Subjek: Perkembangan Bahasa Kanak-Kanak (PRA 3104)
a. Secara kumpulan, membincang dan membanding teori-teori pemerolehan dan perkembangan bahasa berikut dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa prasekolah:
- Model Behavioris
- Model Nativis
- Model Konstuktivis
b. Secara individu, merancang serta melaksanakan salah satu persembahan / aktiviti bahasa berikut:
- Boneka
- Bercerita / Story Telling (Bahasa Inggeris)
- Penggunaan buku besar (BM / BI)
- Puisi Kanak-Kanak / Rhymes
- Lagu Kanak-Kanak
- Main Peranan
i) Persembahan aktiviti bahasa hendaklah berdasarkan kepada sesuatu tema yang sesuai
ii) Jangka masa setiap persembahan hendaklah tidak melebihi 30 minit
iii) Menyediakan satu laporan lengkap mengenai perancangan, pelaksanaan dan penilaian keberkesanan aktiviti yang telah dilaksanakan
iv) Panjang laporan lebih kurang 1000 patah perkataan (5 muka surat)
Arahan tugasan:
- Hasil projek hendaklah bertaip menggunakan font jenis Arial, saiz 12 dan langkau satu setengah baris.
- Sumber bahan / rujukan perlu dinyatakan mengikut format yang ditentukan (contoh: APA)
- Rajah, jadual dan gambar hendaklah dilabelkan, dinomborkan dan dimasukkan dalam senarai (Lampiran)
- Bahagian kulit luar hendaklah dilengkapkan dengan maklumat berikut:
- Nama Pelajar:
- Angka Giliran:
- Nombor Kad Pengenalan:
- Kumpulan / Unit: PGSR 3C
- Kod dan Mata Pelajaran: PRA 3104 Perkembangan Bahasa Kanak-Kanak
- Nama Pensyarah: Pn. Chee Siew Lan
- Tarikh Serah Tugasan: 27 April 2010
Sunday, March 21, 2010
Tugasan Untuk Dihantar
Read an article of about 600 words. Complete a summary in about 120 words. Summit the task before Thursday 25 March 2010 by post to our lecturer.
Nama Pensyarah: Mdm Haaiyon bt. Ahmad
Alamat: Unit Pengajian Inggeris, Jabatan Bahasa, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Sultan Abdul Halim, 08000 Sungai Petani, Kedah
No Tel: 019-4561802
Email: missyon427@yahoo.com.uk
Catatkan:
Nama, No IC, No Kad Matrik, Ambilan Nov 2008
Wednesday, March 10, 2010
Saturday, December 5, 2009
Tugasan / Kerja Kursus
Assignment 1: Individual Work
Submission Date: 24 December 2009
Muzik Prasekolah (PRM 3101)
Pembinaan Bahan Bantu Mengajar Visual (Tugasan Individu)
- Carta skor lagu
- Carta lirik lagu
- Carta perkusi
- Carta skor ensembel
- Kad imbasan
- Kad gambar
- Kad ayat
Tarikh hantar: Mac 2010
Budaya Dan Pembelajaran (EDU 3106)
Tugasan berkumpulan (3 orang)
Tajuk:
A. Pilih satu etnik di Semenanjung Malaysia/ Sabah/ Sarawak dan bincangkan dari aspek bangsa, struktur masyarakat/ kelas sosial, kepercayaan, bahasa, adat resam dan jantina.
B. Huraikan implikasi kepelbagaian sosio-budaya di dalam sebuah bilik darjah terhadap guru, murid dan sekolah secara keseluruhannya.
C. Cadangkan pedagogi relevan budaya dan kepelbagaian kelompok untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya dan seterusnya melahirkan warganegara bersatu padu.
Tarikh hantar: 15 Mac 2010